Tempoh Antara Glasier Terakhir
Tempoh Antara Glasier Terakhir

Tempoh Antara Glasier Terakhir

Tempoh Antara Glasier Terakhir, juga dikenali sebagai tempoh Eem (terutamanya digunakan dalam konteks Eropah) serta nama lain (termasuk tempoh Sangamon, tempoh Ipswich, tempoh Mikulino, tempoh Kaydaky, tempoh Valdivia dan tempoh Riss-Würm) ialah tempoh antara glasier yang bermula kira-kira 130,000 tahun lalu pada penghujung Tempoh Glasier Penultima dan berakhir kira-kira 115,000 tahun yang lalu pada permulaan Tempoh Glasier Terakhir.[1] Ia berpadanan dengan Isotop Marin Peringkat 5e.[2] Ia merupakan tempoh antara glasier kedua terkini pada Zaman Air Batu semasa, manakala tempoh antara glasier yang terkini ialah epok Holosen yang berlanjutan sehingga ke hari ini (yang mengikuti tempoh glasier terakhir). Semasa Tempoh Antara Glasier Terakhir, kadar CO2 di atmosfera adalah kira-kira 280 bahagian per juta.[3] Tempoh Antara Glasier Terakhir adalah salah satu tempoh paling panas sepanjang 800,000 tahun yang lalu, dengan suhu yang setanding dengan dan pada masa yang lebih panas (sehingga mencecah purata 2 darjah Celsius) berbanding tempoh antara glasier Holosen kontemporari,[4][5] dengan paras laut maksimum pada 6 hingga 9 meter lebih tinggi berbanding zaman sekarang, dengan isi padu ais global mungkin juga lebih rendah berbanding tempoh antara glasier Holosen.[6]Tempoh tersebut adalah berada pada era Paleolitik Pertengahan dan berkaitan dengan evolusi manusia beranatomi moden, yang hadir di kawasan Asia Barat (hominin Skhul dan Qafzeh) serta di kawasan Selatan Afrika pada masa kini, mewakili perpecahan terawal populasi manusia moden yang berterusan sehingga kini (dikaitkan dengan haplogroup mitokondria L0).[7]

Berkaitan

Rujukan

WikiPedia: Tempoh Antara Glasier Terakhir http://nora.nerc.ac.uk/id/eprint/500331/1/2012-07-... https://ui.adsabs.harvard.edu/abs/2013Natur.493..4... https://ui.adsabs.harvard.edu/abs/2003GPC....36..1... https://ui.adsabs.harvard.edu/abs/2020NatGe..13...... https://ui.adsabs.harvard.edu/abs/2020QSRv..233062... https://ui.adsabs.harvard.edu/abs/2018NatGe..11..6... https://doi.org/10.1038%2Fnature11789 https://doi.org/10.1016%2FS0921-8181(02)00181-9 https://doi.org/10.1038%2Fs41561-019-0498-0 https://doi.org/10.1016%2Fj.quascirev.2020.106222